Thursday, 27 October 2011

Aku Sebagai Alice In Wonderland

Ini bukan drama. Ini juga bukan lakonan pentas di IPG. Jauh sekali realiti. Cuma teringat teater "Siti di Alam Fantasi". Hoh. Tapi aku ni sebenarnya baru bangun tidur yang panjang. Panjang beb. Start orang solat zuhur sampai Asar pukul 4. Chait. Bangun2 jak mengucap panjang aku. Memang betul2 cuti aku seminggu ini macam membuang masa sahaja.Tido terlebih dari keperluan tido. Back to the topic, selalunya aku bangkit dari tidur memang xkan ingat mimpi aku yang aku alami masa aku tidur tu. Tapi ni lain, bangun2 jak aku jadi kekaguman sendiri sebab termimpi benda yang aku alami dlm mimpi tadi. Kau tau apa yang aku mimpi baru jak tadi?? Here u are:

Apa yang aku nampak 1:

Aku dan Fiza hantar Aida ke Marudi (kot) naik flight. Tiba2 Fenny datang bawa backpack aku kaler itam dia ckp aku lupa bawa. Aku sengih2 cmna ble lupa. Sebelum itu, aku masa tu berada di kawasan pergunungan di mana pergunungan tersebut adalah pergunungan batu-batan. Fizikal gunung batu yang macam cantik juga, sebab tepi2 dia nampak landai dan tajam beralun seperti gunung dalam cerita Kaho Naa Pyarr Hai tempat si Hritik Rosyan menyanyi2. Tapi gunung tu pelik jah. Dari kaki gunung sampai ke puncak, memang batu habis. Di bawah gunung pula daratan macam gurun berpasir. Tapi x panas lah. Manada kau nampak kawasan pergunungan macam tu. Yang bukan pemandangan yang hijau dan sejuk yang biasa kau nampak di tibi atau alam realiti. At least di kaki gunung mesti ada hutan ya dak? Ni di bawah takdak apa2 langsung kecuali gurun yang sekali imbas macam Grand Canyon di Arizona, US. Bedanya gunung dalam mimpi aku ni, macam ala2 shining2 menyerlah warnanya, ibarat sejuk mata memandang tengok batu cenggitu.

Bila lama aku tenung tempat tu, (aku memang suka melilaukan mata) ada kebun2 (aku rasa kebun sayur) yang di buat di setiap kaki gunung tersebut. Aik?? bleh pla tumbuh-tumbuhan hidup di kawasan berbatu-batan yang botak macam tu ea… Hemmm. Dan tetiba aku nampak beberapa buah rumah di tengah2 pergunungan tersebut. Tengah2 tu beb. Tengah2. Bukan di atas puncak, atau di kawasan kaki gunung. Kau bayangkan camna orang bleh hidup di kawasan tengah2 gunung yang berbatu tu. Hoh. Xda hutan mo pergi memburu, takda sungai mo tangkap ikan, xda mall mo shopping baju. Dan kompom la xda kedai runcit pun. Jadi depa nak makan dan pakai apa?

Apa yang aku nampak 2:

Selain rumah di tengah2 gunung, ada rumah tempat aku duduk2 di bawah, jauh dari gunung lah. Bukan di kaki gunung. Aku nampak 2 orang manusia yang rupa dia macam rupa manusia zaman purbakala. Paling tepat lagi zaman batu zaman a.k.a paleolitik. Bezanya mereka ni pakai baju kurung. ekeke. Kau bayangkan manusia zaman batu yang rupa macam beruk bayangan Charles Darwin , pakai baju kurung lusuh2 yang memang peten zaman2 hang tuah. Maksud aku muka zaman batu, tapi outfit zaman hang tuah. Hemmm. Beda kok. Beda. Kau rasain perbedaannya kalau kau pernah belajar sejarah. :-) 


Apa yang aku nampak 3:

Masa hantar Aida naik kapal dia, (dia sebenarnya tertinggal barang di rumah kak Nor) kami nampak kapal terbang di atas awan. Coba teka apa kaler kapal dia? Kaler hitam la wei. Hitam gelap dan pekat gituh. Ekekeke. Di hujung tempat kipas kapal tersebut kaler putih. Macam ada tulisan “Hedges” mcm tu  la. Aku cakap kat dorg macam jenama rokok plak. Kapal tu pun macam rupa rokok terbang di awan. Haha. Dan lupa nak bagitau, rokok tu memang besar gilak gedabak di atas awan seh. Besar dari normalnya yang kita biasa nampak. 3 ganda lebih besar dari Boeing 747 tu. Er.. masih ka rekod 747 tu kapal paling besar skg? Hemm.. Tapi kan, xda pulak dengar enjin kapal bising tu bila lalu atas kita. Hoho. Selalunya bising kan, ini tak, lalu xda bunyi langsung, pergerakan kapal tu dah macam selari dengan awan, senyap2, slow and steady jak begerak. Nasib dia besar. Kalau tak, memang x perasan langsung kapal terbang yang lalu. Huhu. 
 
 Ni la jenama rokok tu. Kaler hitam dia pun sama.

 
Apa yang aku nampak 4:

Satu lagi, xpasal2 Dr. Hafidzah yang bagi ceramah hari tu masuk dalam mimpi aku. (T_T) Aku dan kawan2 adventure yang lain (bertiga je) serta Dr, pegi la pula ntah-apa-nama-tempat-tu. Ada pula bas double decker kaler biru laut yang gedabak besar. Hoh! suma besar2 belaka! rasa macam naik Feri mewah. Jarak tempat duduk bawah dan tempat duduk atas jauh gila. Maksud aku tinggi la bas ni. Dalam perjalanan tu pula ternampak kawan2 lama sekolah aku yang pakai vest pengawas asrama kaler hijau muda. Nampak macam dorang jadik fasi untuk adik2 untuk program alumni di sekolah. Dr cakap dorang suma tu sukses dan menjadi johan dalam pertandingan ntah-apa, kalau tak silap aku johan pertandingan roket (jeles aku). Memang sekolah aku dulu pernah ikut ptandingan tu, tapi kalah atau menang aku x tanya perkembangan pulak. Cuma layak jadi wakil Sabah la masa tu.

Eh. dah lewat, aku cau-cau dulu. aku rasa ada lagi crita aku tinggal tp xpalah. Sakit mata aku tenung lappy lama-lama. Agak2nya aku ni ada rabun silau???      haaaaa.........!  (macam Jep SEPAH)

Ntah. Eli yang cakap mungkin aku ada rabun silau. Huhu.

Adios Amigossss!!! tata. titi. tutu.
 

No comments:

Post a Comment